KAWAN TEMAN SAHABAT ADIK -BERADIK


KAWAN adalah orang yang kita kenal dengan satu pertemuan dan perkenalan atau dari segi lain.Berkawan kerana rupa,lama-lama berkedut juga.Berkawan kerana harta,lama-lama habis juga.Berkawan kerana darjat,tak akan kemana-mana tetapi berkawan kerana ikhlas akan kekal selamanya.
SAHABAT adalah orang yang selalu disamping kita dan sanggup buat apa sahaja samada mase susah dan senang demi persahabatan walau dimana berada,walaupun keadaan macam mana sekalipun.Persahabatan ini bagaikan macam bintang,sentiasa kekal kat atas sana,tetapi tak selalunya bersinar,begitu juga dengan kawan,tak selalu disisi tapi sentiasa di hati dan diingati setiap hari.Tetapi kita pegang pada kejujuran kita mungkin perpisahan tak akan pernah terjadi.
TEMAN adalah orang yang selalu menemani kita jika kita dalam suka dan duka atau dalam kesusahan demi keselamatan dan kebaikan.Kita tidak memerlukan sesorang yang sempurna untuk dijadikan teman,memadailah seseorang teman yang membuatkan kita rasa gembira dan sayang.
ADIK-BERADIK adalah orang yang mempunyai ikatan keluarga dan darah daging yang sama walaupun kita selalu bergaduh bertumbuk sepak terajang flying kick ianya tetap darah daging kita.
KAWAN,TEMAN,SAHABAT,ADIK-BERADIK memang berbeza tetapi semuanya datang dari satu pertemuan atau di dalam internet samada jauh ataupun dekat.


No comments:

Post a Comment